Wednesday, October 1, 2014

SKKG BAHARU 2014

Salam buat semua pembaca yg budiman

    Mula2 terkejut juga bilabuka email sekolah,nak masuk blog saya tapi kluar blog nama Skkg Baharu Kuala Besut....

Last post 2008....sudah berkurun  sepi tanpa berita terbaru

so sya mengambil inisiatif utk membritahu bahawa admint sebenar blog ini telah bertukar sekolah..
so dia dah tidak Up date any news sebab dia ada wordpress utk blog yang lain


So saya tulis sikit sahaja


Ini gambar semasa sambutan Maulud 2014

Guru Besar pun org lain dah....yg sebelah spek hitam tu..

Ok dulu...jumpa lain kali

Tuesday, June 17, 2008

Liqa' Bersama Pengarah JAKIM Sabah.




















Semalan saya bersama Yahya Daud telah berkunjung ke KB untuk berjumpa dengan rakan kita Tn Hj Abd Aziz Che Yaakob Pengarah JAKIM Sabah yang datang ke sini atas urusan temuduga pengambilan Pembantu Penyelia Agama S17.

Kami telah bertemu di Restoran AM Tarbush, Langgar KB. Turut hadir bersama beliau ialah Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Pegawai JAKIM Putrajaya serta Pegawai Majlis Agama Islam Kelantan.

Dalam masa yang sama kami juga telah bertemu dengan Ketua Polis Kelantan Dato' Rahim Hanafi yang kebetulan menjamu selera di situ. Beliau adalah Ex-student UKM FI bersama dengan Tn Hj Abd Aziz.

Kami menghantar beliau ke Hotel penginapan pada jam 11.45 malam.

Wednesday, November 21, 2007

Monday, November 19, 2007

Ice Breaking

Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat berkunjung ke laman SK Kg baharu yang baru dibina ini. Rasional pembinaan laman baru ini adalah disebabkan dua faktor utama yang saya fikir ianya perlu dilakukan.

Pertama : Wordpress yang merupakan penyedia tapak web yang digunakan sebelum ini memberikan kadar storan sebanyak 50MB sahaja. Dalam tempoh hampir setahun penggunaannya kadar yang diberikan itu hampir 90% telah digunakan. Jadi amat sukar bagi saya untuk memuatkan lebih banyak berita, aktiviti dan apa sahaja yang berlaku di sekolah dengan secara maksima. Itu belum dikira lagi dengan bahan-bahan yang akan disumbangkan oleh guru-guru. Sedangkan dalam Blogger kapasiti storan tidak dihadkan.

Kedua : Blogger menyediakan tapak web yang menyokong pelbagai bentuk media. Ini membolehkan banyak perkara dimuatkan dalam laman yang dibina ini seperti teks, video, slaid dan sebagainya.

Mudah-mudahan dengan laman baru ini akan menjadikan perkongsian maklumat antara komuniti pendidikan khususnya di Daerah Besut dan amnya diserata dunia akan menjadi lebih mudah.

Sekian jumpa lagi.

MOSASITA.